KAD NIKAH PINTAR
Kad nikah pintar merupakan dokumen perkahwinan yang diakui sah digunapakai bagi menggantikan sijil perakuan nikah di Negeri Kelantan. Saiznya yang lebih kecil seperti saiz kad pengenalan memudahkan pasangan yang sudah berkahwin untuk membawa kad tersebut bersama ke mana-mana sebagai bukti perkahwinan.
DI MANA UNTUK MEMBUAT PERMOHONAN KAD NIKAH PINTAR
Kad nikah boleh dibuat di:
Bahagian Pentadbiran Undang-Undang Keluarga,
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan,
Kompleks Islam Darul Naim
15200, Kota Bharu
Kelantan
atau
Dimana-mana Pejabat Agama Jajahan Negeri Kelantan
Boleh juga hubungi untuk pertanyaan berkaitan di talian:
09-744-3633
SYARAT - SYARAT PERMOHONAN KAD NIKAH
i) Permohonan hanya sah untuk pasangan yang sudah bernikah/ berkahwin di Negeri Kelantan sahaja.
ii) Pasangan mestilah sudah menerima sijil perakuan nikah dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan
DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
1) Satu salinan Sijil Perakuan Nikah (suami atau isteri)
2) Salinan Kad Pengenalan Suami Isteri
2) 4 keping gambar berukuran Pasport :
a) 2 gambar suami (pakaian bersesuaian)
b) 2 gambar isteri (pakaian bersesuaian & bertudung)
Nota : Warganegara berlatarbelakangkan biru dan Bukan Warganegara berlatarbelakangkan Merah
3) Bayaran RM30.00 untuk dua keping kad nikah pintar.
Suami atau isteri boleh hadir bersama atau sendirian untuk membuat permohonan tersebut. Kad tersebut dijangka siap dalam tempoh 4 minggu. Suami atau isteri boleh mengambil sendiri ditempat mereka membuat permohonan.
11 comments:
Klu kad nikah si isteri hilang mcm mne? Sdgk. Si suami masih ad
Assalamualaikum encik saya nak buat kad nikah boleh ke encik saya orang myanmar Rohinggiya
Bolehkah buat permohonan online sbb sy tinggal di johor
Assalamualaikum,saya nak tanya..berapa lama sijil nikah siap yea??saya kawin dalam pkp hri tu?
Asalamualaikum.. Sekarang musim PKP kena buat temu janji online ke untuk ambil kad nikah atau terus pergi di maik untuk ambil.?
Nak tanya saya dah kahwin 15 tahun, boleh ke nak buat kad kahwin pintar? Terima kasih.
Boleh je... Sy lepas 16 tahun baru buat 😂RM50 untuk 2 keping kad..
Kena hadir di Pejabat Agama? Atau boleh buat online? Siap serta merta atau perlu tunggu? Saya ada urusan di KB jd akn blk sekejap aje. Jika tak siap terus, perlu cari masa utk ambil pula
Jika kad pintar hilang, apa prosedur untuk dapat kad gantian
Saya telah tinggal di selangor 20 tahun. Bolehkah permohonan dibuat memalui online?
Bagaimana untuk mohon gantian kad nikah telah hilang, adakah boleh dibuat secara online
Post a Comment